Monday, 1 September 2014

TIPS MENJAGA NAME SET DAN NUMBER/STICKER PADA JERSI ANDA

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM 1JERSI

Baru pakai dua tiga kali dah tertanggal? Baru cuci dua tiga kali nombor dah hilang? Tak sempat pun nak guna untuk tournament futsal nombor dah jadi belacan? Kali ini kami akan memberitahu anda tentang tips cara-cara menjaga name set dan number/sticker pada jersi anda! Sangat mudah dan berbaloi untuk penjagaan kualiti jersi anda yang berpanjangan. 



  • Tidak digalakkan menbasuh baju/jersey menggunakan mesin basuh. Walaupun kaedah ini paling suka dibuat oleh anda, pastikan jangan terlalu selalu mencucinya menggunakan mesin basuh!
  • Elakkan menjemur baju/jersey dibawah sinaran matahari. Kerana cahaya yang terik juga boleh mengakibatkan nombor/name set anda tertanggal.
  • Elakkan memerah baju/jersey selepas membasuh. Boleh merosakkan sticker yang melekat pada jersi anda. Almaklumlah, baju memang nak kering cepat, tapi bawak2 bersabar lah k kawan-kawan.

CARA TERBAIK UNTUK MEMBASUH BAJU/JERSEY

  • Terbalikkan baju/jersey anda. Ini bagi mengelakkan sentuhan yang banyak pada sticker.
  • Rendam (2-3 jam) dengan air sabun.
  • Jemur baju/jersey dibawah kipas (bumbung). Bukan di bawah mentari merah menghimpun senja. (^_^)
  • Jika name set (nama) renyuk, terbalikkan baju/jersey dan sterika pada suhu yang sederhana. Anda masih lagi boleh melekatkan semula name set anda! Kalau xboleh juga, letak sikit gam, tunggu hingga kering sikit, sterika jersi anda (dalam keadaan jersi terbalik).
SELAMAT MENCUBA!!!

3 comments: