Saturday, 20 September 2014

Sampan

Cerita hebat! Tajuk : Sampan.
Ada satu cerita. Ada tiga orang pemuda tampan yang berdiri gah di sebatang sungai. Ketiga-tiga mereka memegang erat masing-masing sebatang pendayung. Berbekalkan sampan masing-masing, mereka menuju ke sebatang sungai yang berliku-liku bagai ular kena palu. Khabarnya ramai yang mati lemas. Tidak kurang juga yang menjadi santapan Raja Sungai yang menunggu di dasar sungai. Airnya mengalir tidak berapa deras. Sedang-sedang sahaja menuju ke muara sungai yang diceritakan ada sesuatu yang sangat menguntungkan. Masih berdiri tegak tiga orang pemuda tadi tanpa berganjak. Seorang bertafakur, seorang lagi berfikir dan seorang lagi termenung dalam angan-angannya. Masih lagi terselubung di benak mereka, di mana, ke mana, bagaimana, mengapa dan pelbagai lagi persoalan. Pemuda A melabuhkan sampannya ke sungai seraya masuk ke dalamnya. Diikuti oleh pemuda B dari arah belakang. Pemuda C hanya termanggu di tepian sungai. Dalam hatinya ingin nak pergi tetapi dia mengikut kata takutnya. Berundur dan menetap di situ. Berakhirnya cerita pemuda C.
Pemuda A mengeluarkan dayungnya lalu mendayung dengan penuh semangat. Pemuda B memandang dengan senyuman yang sinis. Dalam hatinya berkata, “buat apa susah-susah, arus sungai akan membawa aku ke muara sungai juga. Tenang dan rehat lagi baik”. Pemuda A hanya mampu mengukir seraut senyuman. Peluhnya keluar dengan banyak namun masih lagi mendayung. Sekarang dia beranjak ke hadapan sedikit. Sedikit demi sedikit menjauhi sampan pemuda B. Pemuda B rasa gusar dan sedikit menyesal. Tapi perlukah dia mengikut jejak langkah pemuda A? Yang sudahpun jauh ke hadapan? Ah, lambat laun arus ini akan membawaku ke hadapan! Lagipun nasib aku tidak seperti pemuda C. Syukurlah...
Sememangnya perjalanan mereka rumit dan sukar. Terdapat juga binatang buas yang menunggu untuk menerbalikkan sampan mereka. Terkadang sampan dimasuki air yang hampir menenggelamkan sampan. Masih lagi berjaya hidup. Perjalanan diteruskan. Dalam kelekaan pemuda B yang mengikuti arus, ternampak pemuda A singgah di tebing sungai mendapatkan banyak bekalan dan berjumpa, berkenal-kenalan dengan rakan-rakan baharu. Meminta pendapat dan cara mengendalikan sampannya. Menambah baik dayungnya kepada enjin yang berkuasa tinggi. Sekarang sampan pemuda A semakin hebat! Dapat ke hadapan lagi cepat!
Pemuda B mula sedar, lalu mengeluarkan pendayungnya supaya tidak ketinggalan. Pemuda A tenang terus meluncur laju ke hadapan. Bersambung.... HT

No comments:

Post a Comment