Saturday, 20 September 2014

[ Tips Mengawal dan Mengurangkannya psoriasis ]

Kekal Sihat #empayarjersimy

Walau psoriasis tidak berjangkit dan tidak berbahaya, namun keadaan kulit yang berkuping-kuping, kegatalan yang tidak dapat ditahan dengan rupa kulit yang hodoh memang memberi kesan kepada pesakit secara fizikal, mental dan sosial.

Bagi pesakit psoriasis, yang mengalamai simptom-simptom kegatalan, berkuping dan bersisik sudah tentu akan berasa malu untuk berhadapan dengan orang ramai. Perkara ini sebenarnya menambah kesan buruk kerana ia membuatkan pesakit psoriasis tertekan dan stress yang mana stress juga merupakan salah satu punca psoriasis menjadi lebih teruk.

Selain merawat psoriasis dengan cara yang pernah saya ceritakan click di sini, ada beberapa tips yang saya amalkan.

1) Berusaha mengawal stress, elakkan daripada bersedih dan murung. Cuba cari aktiviti-aktiviti yang membuat anda gembira

2) Elakkan dalam keadaan atau cuaca yang panas terik

3) Mandi menggunakan sabun yang tidak menyebabkan kekeringan pada kulit. Kulit pesakit psoriasis harus sentiasa lembap. Saya menggunakan sabun Shokubutsu. Elak menggunakan sabun Detol.

4) Kawal pemakanan, biasakan makan makanan yang dimasak sendiri kerana kebersihan makanan di luar kite tak tahu macam mana kan. Elakkan makan makanan yang menyebabkan kegatalan seperti ayam, daging, seafood, kecuali anda yang masak dengan membuang bahagian kulit-kulit dan lemak-lemak ayam dan daging.Elakkan belacan yang menyebabkan kegatalan.

No comments:

Post a Comment