Kekal Sihat #empayarjersimy
Bagi pesakit diabetes, kebanyakan mereka sedar kesakitan dialami pada kaki dan tangan biasanya dikaitkan dengan penyakit kencing manis tetapi ramai tidak tahu kesakitan ini sebenarnya berpunca daripada kerosakan saraf akibat kandungan paras gula yang tinggi.
Secara umum, terdapat dua jenis kesakitan saraf iaitu akibat diabetes berpunca daripada saraf rosak serta kesakitan otot berpunca daripada kecederaan atau radang yang kesakitannya akan cenderung hilang dari semasa ke semasa.
Sebagai pesakit, penting untuk memahami gejala yang anda alami supaya dapat menerangkannya kepada doktor. Sakit saraf adalah hasil daripada kerosakan saraf yang disebabkan kencing manis dan bukan akibat penuaan, berat badan atau keadaan lain.
No comments:
Post a Comment