Kekal Sihat #empayarjersimy
Resdung atau sinusitis merupakan satu masalah yang sangat lazim di seluruh dunia. Jika kita membuat ujian untuk penyakit resdung pada 10 orang normal, ujian tersebut akan mendapati bahawa 8 dariapda 10 orang tersebut ada mengalami masalah sinusitis ringan yang tidak perlu akan apa-apa rawatan.
Di Malaysia, dianggarkan bahawa antara 60 hingga 65 peratus rakyat negara ini mengalami masalah resdung. Walaubagaimanapun, daripada jumlah ini kurang daripada 50 peratus sahaja yang datang untuk mendapatkan rawatan dan ramai yang tidak mahu berjumpa doktor untuk pemeriksaan kerana menganggap gejala sinusitis yang mereka alami hanyalah sekadar selesema atau alahan yang biasa-biasa sahaja.
Sebenarnya, penyakit resdung atau sinusitis adalah satu penyakit yang sukar untuk diatasi dan dihadapi oleh ramai orang termasuklah orang dewasa mahupun kanak-kanak. Menurut perubatan moden, resdung atau sinusitis merupakan keradangan yang berada di lapisan membran yang meliputi dinding ruang sinus.
No comments:
Post a Comment