Kekal Sihat #empayarjersimy
5 langkah utama yang perlu dilakukan jika anda ingin mencapai berat badan yang diidamkan. Bukan mereka yang gemuk sahaja. Yang kurus juga mesti melakukannya.
1) Aktiviti senaman. Senaman yang ideal haruslah dilaksanakan dengan kadar 3 kali seminggu selama kira-kira 30 minit. ia amatlah penting untuk mengawal kalori di dalam badan kita.
2) Kurangkan ‘screen time’. Kurangkan screen time di sini bermakna anda harus mengurangkan masa anda bersantai-santai di bilik atau pun di dalam rumah. Kurangkan masa menonton televisyen dan di hadapan komputer. Kurangkanlah screen time itu untuk sekitar 2 jam sehari sahaja.
3) Sayuran dan buah-buahan. Ya, sayuran dan buah-buahan bukan sahaja memberikan anda vitamin dan mineral kepada tubuh, bahkan ianya menjadi diet pelengkap kepada tubuh anda.
4) Sarapan pagi. Jangan meninggalkan sarapan pagi semata-mata untuk mengurangkan pengambilan makanan. Ingat, ini adalah salah satu teknik yang salah! Ya, mereka yang meninggalkan pengambilan makanan sarapan pagi akan mudah dan cepat untuk berasa lapar.
5) Kurangkan minuman bergas. Salah satu faktor kegemukan juga adalah disebabkan amalan pemakanan dan minuman yang salah. Banyakkan pengambilan minuman kosong atau air mineral. Kurangkanlah pengambilan minuman bergas dan bergula.
Ubahlah gaya hidup kita mulai sekarang. Amalkan cara yang hidup yang sihat. Sesiapa yang malas-malas itu, ayuh rajinkan diri. Jadilah manusia yang terbaik untuk diri kita sendiri.
No comments:
Post a Comment