Saturday, 20 September 2014

[ Penyakit jantung pembunuh nombor satu ]

Kekal Sihat #empayarjersimy

Berdasarkan Statistik Kementerian Kesihatan, penyakit jantung menjadi punca berlakunya kematian nombor satu di Malaysia yang merangkumi 16.5 peratus kematian di hospital sepanjang 2008.

Penyakit jantung koronari di negara ini dianggarkan 40,000 kes baru setiap tahun bagi 28 juta penduduk dan kematian akibat penyakit ini dikatakan 2.5 kali ganda lebih tinggi berbanding kanser dalam kalangan wanita.

Dianggarkan seramai 23 juta penduduk mati akibat penyakit ini pada tahun 2030. Penyakit jantung kekal pada kedudukan nombor satu sebagai penyakit yang meragut nyawa wanita Malaysia. Bukan setahun dua, sebaliknya sejak 10 tahun lalu kebanyakan mangsa tidak mendapat rawatan pantas dan tepat, selain tidak tahu punca utama serangan penyakit bahaya ini.

No comments:

Post a Comment