Tuesday, 7 October 2014

SIAPA KAMI? EJMY

ASSALAMMUALAIKUM,
Kami merupakan sebuah syarikat di atas nama Empayar Jersi MY. Kepakaran kami ialah merealisasikan impian seluruh rakyat Malaysia yang inginkan JERSI yang berkualiti, selesa dan tahan lasak. Jersi yang ditawarkan juga sangat murah, jimat dan boleh didapati dengan harga mampu milik sesuai dengan kualiti yang kami berikan. Masalahnya sekarang, didapati banyak jersi yang berstatus "KAIN BURUK" yang mudah koyak, nipis dan tiada standard. Oleh itu, kami bersedia membantu anda dengan aneka jenis jersi yang dipilih khas sesuai dengan cita rasa anda semua yang In Sha Allah apabila anda memakainya anda akan lebih gembira dan lagi bersemangat.

Kami juga berpengalaman penuh dengan kepakaran lain seperti membuat printing name set dan numbers, sulam logo, seluar pendek three quarter dan juga stokin.

Ayuh! Mulakan hari anda dengan menggunakan jersi yang sedap digunakan.
===================================================
Selain itu, kami juga mencari-cari ejen di seluruh Malaysia yang benar-benar serius untuk menjana pendapatan sampingan yang boleh mencecah RM500+ sebulan!

Kami juga menjual jersi dengan harga borong dengan harga yang super duper jimat untuk anda yang berminat untuk memulakan perniagaan jersi sendiri.

Sekiranya berminat, anda boleh terus berhubung dengan Adi (010-9709746) Anwar (010-5901107).

Tunggu apa lagi, mulakan tindakan anda sekiranya anda benar-benar berminat. Ataupun anda masih lagi ingin menjadi orang biasa dan terus menonton TV dan online FB secara percuma. Terpulanglah. Kita yang menentukan untung rugi nasib kita sendiri.

Saturday, 20 September 2014

[ Penyakit jantung pembunuh nombor satu ]

Kekal Sihat #empayarjersimy

Berdasarkan Statistik Kementerian Kesihatan, penyakit jantung menjadi punca berlakunya kematian nombor satu di Malaysia yang merangkumi 16.5 peratus kematian di hospital sepanjang 2008.

Penyakit jantung koronari di negara ini dianggarkan 40,000 kes baru setiap tahun bagi 28 juta penduduk dan kematian akibat penyakit ini dikatakan 2.5 kali ganda lebih tinggi berbanding kanser dalam kalangan wanita.

Dianggarkan seramai 23 juta penduduk mati akibat penyakit ini pada tahun 2030. Penyakit jantung kekal pada kedudukan nombor satu sebagai penyakit yang meragut nyawa wanita Malaysia. Bukan setahun dua, sebaliknya sejak 10 tahun lalu kebanyakan mangsa tidak mendapat rawatan pantas dan tepat, selain tidak tahu punca utama serangan penyakit bahaya ini.

[ 3 Kelebihan Halia yang Mungkin Kita Tidak Tahu ]

Kekal Sihat #empayarjersimy

Tahukah anda Halia juga bermanfaat dari segi kesihatan. Terdapat 3 kelebihan halia yang mungkin kita sendiri tidak tahu:

1. Halia Mengekalkan Peredaran Darah Normal. 

Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk memperbaiki aliran darah, serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.

2. Meningkatkan penyerapan nutrien dalam usus.

Halia meningkatkan penyerapan dan merangsang nutrien penting dalam badan. Halia juga meransang rembesan enzim gastrik, dengan merangsang perut dan rembesan enzim pankreas yang membantu penyerapan nutrien.

3. Pencegahan Demam dan Selesema.

Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia. Kajian di University of Maryland Medical Center mendapati, untuk merawat demam dan selesema di kalangan orang dewasa, rendam 2 sudu besar halia segar yang dicincang dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari.

[ 3 Makanan yang Baik Untuk Kesihatan Hati ]

Kekal Sihat #empayarjersimy

1. Kunyit ~ Kunyit merupakan bahan yang boleh dijadikan sebagai ubat berbagai penyakit. Selain sebagai ubat, kunyit juga dapat membantu meningkatkan kesihtana hati, kerana kunyit dapat mencerna lemak dan berfungsi sebagai detoks semulajadi untuk hati.

2. Bayam ~ Bayam merupakan sayuran hijau yang memiliki beberapa fungsi untuk kesihatan, salah satunya dapat meningkatkan kesihatan hati. Bayam dapat menyah bahan kimia yang masuk kedalam tubuh, oleh kerana itu bayam dapat membantu hati untuk bekerja dengan lebih efektif.

3. Bawang putih ~ Bawang putih merupakan bahan yang sering digunakan untuk penyedap dalam masakan. Selain dari itu bawang putih juga dapat membersihkan tubuh dari racun, mengurangkan kolesterol, serta trigliserida. Selain itu, bawang putih juga boleh membantu menurunkan tekanan darah tinggi.

[ Nak tahu Rahsia Tomato dan Timun? ]

Kekal Sihat #empayarjersimy

1. Tomato

Tomato sangat terkenal untuk kecantikan kulit. Ia boleh digunakan untuk rawatan blackheads dan pori terbuka pada permukaan kulit. Belah tomato dan lumur/gosok pada muka, biarkan selama 15 minit. Cuci dengan air. Rawatan ini sangat sesuai untuk orang yang muka berminyak. 

2. Timun

Blend timun sehingga hancur dan menjadi sebatian kemudian sapu di kawasan berjerawat. Biarkan selama 30 -45 minit kemudian bilas. Ini adalah cara termudah menghilangkan jerawat. Selain itu, kulit akan nampak lebih muda.

[ 5 Petua Menjadi Kurus! ]

Kekal Sihat #empayarjersimy

5 langkah utama yang perlu dilakukan jika anda ingin mencapai berat badan yang diidamkan. Bukan mereka yang gemuk sahaja. Yang kurus juga mesti melakukannya.

1) Aktiviti senaman. Senaman yang ideal haruslah dilaksanakan dengan kadar 3 kali seminggu selama kira-kira 30 minit. ia amatlah penting untuk mengawal kalori di dalam badan kita.

2) Kurangkan ‘screen time’. Kurangkan screen time di sini bermakna anda harus mengurangkan masa anda bersantai-santai di bilik atau pun di dalam rumah. Kurangkan masa menonton televisyen dan di hadapan komputer. Kurangkanlah screen time itu untuk sekitar 2 jam sehari sahaja.

3) Sayuran dan buah-buahan. Ya, sayuran dan buah-buahan bukan sahaja memberikan anda vitamin dan mineral kepada tubuh, bahkan ianya menjadi diet pelengkap kepada tubuh anda.

4) Sarapan pagi. Jangan meninggalkan sarapan pagi semata-mata untuk mengurangkan pengambilan makanan. Ingat, ini adalah salah satu teknik yang salah! Ya, mereka yang meninggalkan pengambilan makanan sarapan pagi akan mudah dan cepat untuk berasa lapar.

5) Kurangkan minuman bergas. Salah satu faktor kegemukan juga adalah disebabkan amalan pemakanan dan minuman yang salah. Banyakkan pengambilan minuman kosong atau air mineral. Kurangkanlah pengambilan minuman bergas dan bergula.

Ubahlah gaya hidup kita mulai sekarang. Amalkan cara yang hidup yang sihat. Sesiapa yang malas-malas itu, ayuh rajinkan diri. Jadilah manusia yang terbaik untuk diri kita sendiri.

[ Elakkan sembelit anda sekarang ]


Anda dah tahu punca sembelit?, saya nak kongsi 4 sebab yang biasanya boleh menyebabkan masalah sembelit.

Masalah sembelit terjadi kerana:

1. Kurang minum air putih dalam sehari.
2. Kurang mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan serat.
3. Menempuh perjalanan yang jauh.
4. Pola pemakanan yang tidak sihat tinggi lemak dan karbohidrat.